Citer pasal kuruskan badan

Salam, minggu-minggu sudah aku agak menyibukkan diri menguruskan pasukan-pasukan sukan kantor aku. Dengan kejohanan sukan akan bermula 16 April ni maka makin sibuklah aku dan ajk-ajk yang diamanahkan. Tambah-tambah pula aku pun terlibat sekali dengan latihan bolasepak untuk kejohanan yang akan berlangsung di Melaka seminggu lebih lagi antara-antara Institusi Zakat satu Malaysia. Aku timbang badan aku dah turun dekat 2 kilo dah sejak berlatih bola ni. Bangga ni.

Bagi aku sesibuk mana pun aku, budak-budak sekolah sekarang lagi ‘pack‘ jadual harian mereka. Pagi sekolah, petang sekolah agama, pastu kelas tambahan, malam tuition, sukan, ko-ko dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kesian aku tengok budak-budak sekolah sekarang. Turun rumah pagi, balik rumah malam. Hidup macam tak cukup masa. Jadi aku besyukurlah kerana aku tak lah sesibuk budak-budak sekolah. Cuma, malam-malam kena bersengkang mata sikit menyiapkan album gambar pengantin. Macam aku ada sebut sebelum ni, minat akan mengatasi segalanya. Jadi hidup ni kita kena menghadapinya.

Ok ada sikit teaser pengantin Fadzil dan Siti Noraini. Aku cover majlis diaorang ni dari hari akad nikah sampai hari bertandang. Meriah betul majlis mereka.


Teaser Malam Berinai, Fadzil dan Siti Noraini, Ampang


Teaser Majlis Bersanding, Fadzil dan Siti Noraini, Ampang

Tunggu full entry gambar pasangan ni.

Nota: Ada kawan-kawan lama aku tanya macam mana aku boleh kekalkan bentuk badan aku macam dulu. Aku cakap senang je makan jaga, bersenam lebih dan berjadual. Jangan hangat-hangat je bersenam pastu baham nasi lemak 2 pinggan. Mana nak kurus. Ada aku pernah dengar pakar pemakanan bagitahu jumlah makanan yang kena masuk perut kita ukurannya ialah sebesar penumbuk kita je maksima. Kalu lebih tu tandanya kita dah terlebih makan la tu.


6 thoughts on “Citer pasal kuruskan badan

  1. W’salam, pengantin dah start keje lama dah ke?….nanti gambar ngan arab Iran tu pun saya up loadkan skali. Gambar akad nikah yg mana nak besarkan?…boleh pilih kat blog saya tu.

    1. salam
      minggu lepas saya da start keje
      x mau la ambil cuti lama2 🙂
      hmm tentang gambar akad nikah tu nanti saya tanya fadzil yer
      thanks yer….

  2. Anne setuju dengan komen Zakuan mengenai bagaimana nak kekalkan berat badan kita tu… mesti ada komitmen, bukan setakat hangat-hangat je… sekejap buat, sekejap tak… macam biskut Chipsmore tu… Sebenarnya tak susah nak kekalkan berat badan ideal kita ni, semuanya balik kepada keseimbangan… makan makanan yang seimbang & perlu lakukan pergerakan/senaman… barulah seimbang… hanya berkongsi pendapat Anne je ya…🙂

  3. salam untuk semua….

    saya ada plan pemkanan yang amat berguna untuk membantu mengurangkan berat badan mengikut kemampuan masing2 ye….sila call/sms saya untuk penerangan selanjutnya…..

    Ina -016-2885776 ataupun
    email saya: shasha0376@gmail.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s