Malam Berinai Fadzil & Siti Noraini

Salam, terlebih dahulu aku nak memohon maaf sebab agak lama juga aku tak update blog aku ni. Baru hari ni rasa lega sikit dengan hal-hal pejabat dan kerja-kerja luar pejabat. Tapi kerja-kerja menyiapkan album pelanggan tetap berlangsung di malam-malam hari. Sebab kerja-kerja menyiapkan album ini memerlukan masa dan ruang waktu yang tenang untuk menjadikan gambar-gambar yang siap nanti memuaskan hati pelanggan. Aku dan ramai lagi kawan-kawan wedding photog rasanya tidak akan puas hati dengan hasil kerja yang cincai dan sekadar sahaja. Kerana album gambar ialah satu-satu bahan simpanan tatapan yang kekal semasa hari bersejarah berlangsung. Yang lain hanya tinggal kenangan dalam ingatan. Jadi kami bekerja juga untuk kepuasan kami sendiri. Apapun kepuasan pelanggan adalah paling utama.

Bagi aku tak salah jika pelanggan mintak macam-macam dari wedding photog diaorang. Sebab mereka memerlukan perkhidmatan kita. Kadang-kadang ada pelanggan yang naif akan hal-hal ini. Itu tugas photog untuk menerangkan dulu supaya pelanggan rasa tidak tertipu bila kerja siap. Jadi jangan ada ‘hiden’ hal dengan pelanggan. Bagitahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Sama-sama puas hati dan photog dan pengantin pun boleh kerja dengan hati yang gembira.

Sikit lalutan dari aku yang masih baru. Tengok sikit gambar-gambar malam berinai pasangan Fadzil dan Siti Noraini. Nice couple on that night.

DSC_0863

<DSC_0869

DSC_0883

DSC_0886

DSC_0892

DSC_0897

DSC_0907

DSC_0916

DSC_0927

DSC_0941

Dulu aku ingat malam berinai ni pengantin kena pakai inai sepanjang malam lepas tu tunggu inai kering esoknya untuk hari bersanding. Rupa malam berinai ni macam jugak hari bersanding cuma yang merenjis adalah sedara-mara terdekat je. Ada juga malam berinai diiringi dengan joget lambak dan nyanyian. Ada juga diiringi dengan majlis cukur jambul. Apapun malam berinai tujuannya adalah kenduri awal yang diadakan untuk meraikan sedara dekat dan mereka yang akan bertugas esoknya pada hari bersanding.

Thanks untuk pengantin lagi sekali. Walaupun malam tu cuaca agak panas korang tetap gigih berposing depan ‘spot light’ yang suam-suam panas tu.


7 thoughts on “Malam Berinai Fadzil & Siti Noraini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s