Arwah Mak

Aku terbayang lagi saat-saat terakhir hayat mak aku. Petang tu aku bersama ayah, abang, kakak dan adik aku. Kami semua mengeliling mak yang sedang tenat. mak masih boleh berkata-kata walaupun patahnya hanya keluar dan kedengaran amat lemah sekali. Mata mak memandang tepat setiap mata kami adik-beradik. Aku dapat rasakan yang mak mahu kami semua merapatinya. Mak seakan ingin membisikkan sesuatu yang terakhir. Aku berada di hujung kaki.

Aku lihat kakak mendekatkan telinga ke bibir ibu. Aku lihat kakak mengangguk-ngangguk. Aku tidak dengar apa yang mak ucapkan. Aku tidak dengar patah terakhir mak pada kakak. Yang aku dengar yang terakhir ialah mak menyebut “Allahhhhh…..Allahhhhh……” dan ucapan itu makin perlahan dan akhirnya hanya diam yang aku dengari. Aku lihat air mata kakak menitis. Air mata abang mengalir. Begitu juga adik yang hampir meraung. Aku melihat ayah yang tenang dan mendakap ‘arwah mak’ dan meletakkan dipembaringan. Aku sayu melihat ayah. Aku kagum melihat ayah. Apa yang aku lihat ialah kasih sayang. Ayah mencium dahi ‘arwah mak’. Aku masih belum menangis walaupun hati aku telah membenarkan aku menangis. Aku cuma rasa sebak. Rasa kosong. Rasa kehilangan sesuatu. Rasa yang lain dari biasa. Entah kenapa air mata aku masih degil keluar. Aku macam tidak percaya. Timbul perasaan itu.


Contoh design custom album aku

Yang ada di depan aku ialah jasad. Tiada lagi kata-kata darinya yang aku boleh dengar. Tiada lagi geraknya yang aku boleh lihat. Tiada lagi perasaannya yang aku boleh rasa. Yang aku rasa ialah sekali lagi kosong. Ingatan terus memainkan segala yang pernah aku dan mak lalui bersama. Semua kenanan itu datang kembali dalam memori aku. Aku masih rasa sesuatu. Aku tidak tahu. Aku terus ke bilik air dan mengambil wuduk. Aku ingin sangat membaca Al-Quran. Entah mengapa air mata aku tiba-tiba mengalir laju saat aku membasuh muka aku. Aku terus menangis. Menangis dan menangis semacam anak kecil. Aku terduduk di bilik air. Baru aku boleh menangis. Aku rasa aku telah hilang sesuatu yang amat besar hari tu. Sesuatu yang tiada gantinya lagi. Aku menangis sepuasnya. Air mata aku masih mangalir saat aku mengaji. Aku gagahkan juga suara aku walaupun aku teresak-esak. Aku terus teringat ‘arwah mak’ ialah guru mengaji aku yang pertama. Guru azan aku yang pertama. Guru solat aku yang pertama. Banyak aku ingat sampai hari ini.

Kepada yang masih ada emak. Hargailah emak anda. Ingatlah. Rindulah. Sayanglah. Kasihlah. Kerana anda hebat jika anda sentiasa menghargai ibu anda. Kerana redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah.

Al-Fatihah buat ‘arwah mak’ aku yang kembali ke rahmatullah 4 Ramadhan 1995. Amin.


2 thoughts on “Arwah Mak

  1. salam bro..sgt setuju dgn perenggan kedua last tu…bile baca ni terus teringat masa arwah ayah aku meninggal..rasa nak menangis..tp x kuar…sangat terasa kehilangan dalam hidup..tp allah lebih sygkan mereka kn..kita yang hidup perlu meneruskannya…semoga roh mereka aman dan tenang disana…insyaallah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s