Hikmah

Salam. Aku baru je lepas berborak dengan sahabat aku yang berada ditempat kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa anak-anak yatim dan beberapa penghuni lain di Hulu Langat tempoh hari. Memang betul apa yang orang cakap. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Ada peringatan untuk kita yang masih bernyawa.

Apa yang paling aku tertarik dari cerita sahabat ini ialah bagaimana luarbiasanya kehadiran orang ramai yang datang membantu. Tidak kira umur, bangsa dan agama. Pelik pun ada sebab kawasan tersebut sebelum ini agak terpencil dari kawasan luar. Hari kejadian berpusus-pusu orang datang. Dari peringkat VVIP, menteri, orang awam, dan macam-macam lagi datang menghulur bantuan samada tenaga ataupun harta. Ini orang kata bila orang yang meninggal itu adalah mereka yang dirahmati Allah, semua makhluk lain pun turut sama merasainya. Moga mereka ini ditempatkan di syurga Allah.

DSC_2990
Teaser Majlis bertandang Siti dan Fadzil, Ampang

Apa yang aku nak kongsi disini ialah apabila kita ni baik akhlaknya, patuh kepada perintah Allah, tidak memusuhi orang, kita bukan sahaja akan disayangi oleh manusia, bahkan seluruh malaikat Allah akan mengiringi tatkala kita meninggalkan dunia ini. Aku juga ada dengar arwah-arwah ni semasa diuruskan jenazah mereka semuanya berbau wangi dan sejuk mata mereka yang memandang. Peringatan ini buat aku sebenarnya. Amin dan al-fatihah untuk arwah-arwah.


2 thoughts on “Hikmah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s