Doa Pelembut Hati

DSC_6919
Teaser Majlis Akad Nikah Anip & Pija : Batu Cave

Entry kali ni aku nak kongsi doa buat suami isteri. Mana tahu kita dalam hidup berumahtangga ni adakala ada dugaan. Terutamanya dugaan perasaan. Bab kata P.Ramlee “sedangkan lidah, lagi tergigit. ini pula suami isteri”. Ok korang leh la hafal doa ni. Lepas tu boleh hembus kat ubun-ubun isteri atau suami korang supaya hatinya sentiasa lembut dan menyanyangi kita. Jangan pulak hembus masa diaorang tengah sedar. Nanti apa pulak difikirkan. Baca jampi ke apa. Buatlah masa pasangan kita tengah tidur. Baca dalam hati. Lepas tu baru buat.

Aku tulis maksudnya;

Bismillahirahmanirahim,

Kalau sekiranya Kami menurunkan Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpaan itu Kami buat untuk manusi supaya mereka berfikir. Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, raja, yang maha suci, yang maha sejahtera, yang mengurniakan keamanan, yang maha memelihara, yang maha perkasa, yang maha kuasa, yang memiliki segala keagungan, maha suci Allah daripada apa yang menciptakan, yag mengadakan, yang membentuk rupa, yag mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepadanya apa yang di langit dan di bumi. Dan Dialah yang maha perkasa lagi maha bijaksana.

Doa ini dipetik dari buku ‘Langkah Bestari Suami Mithali’ tulisan oleh Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Aku juga doakan kepada semua ‘client’ aku yang telah mendirikan rumahtangga dilimpahi kebahagiaan dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Amin.


One thought on “Doa Pelembut Hati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s