Wedding Pija & Anip: Batu Caves, Gombak

Salam, full entry Pija & Anip akhirnya dapat juga up-load setelah agak lama. Kesibukan di ruang pejabat agak membataskan aku membuat coretan kat sini. Aku cuba menyelit masa aku untuk berada diruangan yang aku sendiri menciptanya. Inilah kehidupan. Macam menulis novel pulak rasanya. Itu impian lama tu. Lama-lama impian tinggal kenangan je lah. Tapi saki baki menulis tu rasanya ada lagi sikit-sikit.

Majlis Pija & Anip berlangsung 3 hari berturut-turut. Lagipun diaorang berdua ni tinggal di tempat yang tidak jauh antara satu sama lain. Jadi senanglah majlis diadakan dalam minggu yang sama. Apa yang best masa ambik gambar kat umah Pija ni aku rasa macam berada kat Terengganu. Maklumlah semua ‘family’ Pija ni adalah sedara-mara dari Terengganu. Nasib baik aku pun orang Kelantan. ‘Best’ sangat rasa masa ambik gambar ‘couple’ ni. Aku rasa aku macam sebahagian dari ‘family’ diaorang.

Ini adalah sedikit hasil tangan aku yang masih baru. Apa-apa yang terkurang harap dapatlah aku belajar lagi. Teng kiu gak kat sensei aku yang selalu memberi tunjuk ajar walaupun dia pun sibuk tak terhingga.

Aku kenal Pija ni masa aku dapat trip lawatan kerja ke Bandung tahun lalu. Pija merupakan ‘tour guard’ kami masa tu. Kalau korang nak guna khidmat travel agensi tempat Pija bekerja korang boleh lah cari beliau. Sebab Pija ni antara ‘tour guard’ yang paling diminati ramai. Hee..heee. Korang leh hubungi Travel Ejensi Wira Saujana kalau korang nak gi melancong ke atau nak pergi buat umrah. Layanan memang istimewa dari diaorang ni. Lepas ni kalau nak gi ‘travel’ aku dah tahu aku nak cari siapa yang boleh bagi aku harga diskaun. Tak gitu Pija?

Sambung tengok gambar hari bersanding pulak. Tema hari bersanding adalah oren. Nice sangat kaler ni bila kena flash kamera. hari kenduri rumah Pija ni semua kaum ada. Rasa sangat Malaysia ni adalah negara majmuk.

gambar last ni aku paling suka. Sebab ada gambar aku..haa..haaa. Puas pengantin pujuk nak ambik gambar sama. Macam biasalah ‘photografer’ biasanya tak suka bergambar. Jadi korang kena paksa gak. Bukan apa nanti gambar korang tak cantik sebab muka aku bukannyer fotogenik…heee..heee.

Terima kasih sekali lagi kat Pija, Anip dan semua kaum keluarga. Aku paling tak leh nak lupa tentang makan. Semua sedara Pija asyik dok tanya aku dah makan ke belum. Sampai x larat dah aku nak makan. Nice sangat family ni. tak lupa Along, Yuyu n Mustaqim. Juga Ummi dan Abah Pija. Selamat Pengantin baru tau. Jaga suami elok-elok.

Nota: Nanti aku kuar gambar bertandang pulak. Album tunggu kuar kat kedai je. Ntah naper plak lambat sikit kedai kali ni. Sabar ye Pija.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s