Citer Sahur

Alhamdulillah. Tahun ni masih lagi sempat berjumpa dengan bulan Ramadan yang mulia. Ada banyak citer pasal puasa ni. Teringat dulu kecik-kecik masa bersahur. Mak dan ayah walaumacam mana pun mesti mereka paksa kita ni supaya bangun bersahur. Aku sempat ingat lagi yang aku tertidur sampai muka aku mencecah pinggan nasi yang tengah panas lagi tu. Terus aku hilang ngantuk. Mana tak nya. Nasi panas melekat kat muka. Bila ingat balik gelak sorang-sorang jelah. Patutlah mak ngan ayah beria-ia nak kita bersahur. Banyak fadhilatnya.

Sekarang dah ada nak sendiri aku boleh rasa balik suasana masa kecik-kecik dulu. Patutlah anak aku pun susah anak bangun kalau dikejutkan. Ngikut perangai aku rupanya. Apa-apa pun kena terima kasih banyak kat orang rumah yang lebih tinggi keazaman mereka di bulan puasa ni. Bangun pagi-pagi memasak untuk sahur adalah satu tugas yang berat sebenarnya.

Moga kita terus sihat di bulan ini. Moga kita terus rajin beribadah. Moga kita terus berjaya dunia dan akhirat. Aku mohon maaf kepada semua terutama kedua orang tua aku kat kampung. Aminn.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s