Begini Sayang!

Salam, agak lama juga entry aku sepi dari sebarang tips dan gambar-gambar terutama gambar-gambar perkahwinan. Maklumlah bulan Ramadan. Kalau ada pun kat FB aku gambar iftar dan program sepanjang puasa ini yang berkaitan dengan kerja aku di pejabat.Bulan puasa buat aku dan sahabat-sahabat adalan bulan ‘puncak’ untuk kami memberi perkhidmatan 7 hari seminggu demi memudahkan orang Islam menunaikan ibadah zakat dan fitrah.

Begini Sayang!. Tajuk di atas sebenarnya tiada kaitan dengan kerja photografi aku. Tapi tajuk itu adalah tajuk salah satu buku yang ada kat pasaran sekarang. Buku ini bagi aku amat baik untuk kita terutama buat mereka yang ada anak kecil yang sedang aktif ingin mengetahui semua benda yang ada di sekeliling mereka. Terutama persoalan-persoalan agama. dalam buku ini penulis mengajar kita bagaimana nak menjawab soalan-soalan dari anak-anak sekecil umur 4-6 tahun yang kadang-kadang sukar untuk kita menjawab dan lebih penting untuk memuaskan hati mereka tentang jawapan yang kita berikan. Aku sendiri kadang-kadang ada sahaja jawapan yang aku jawab ialah ‘Abah tak tahu’. Jadi buku ini boleh aku jadikan jawapan jika anak aku bertanya.

Layan sikit gambar bertandang dari pasangan Pija & Anip.

Aku rasa tak salah jika aku ingin berkongsi sedikit ilmu daripada buku ini. Tapi dengan olahan aku sendiri berdasarkan juga pengalaman aku dengan anak-anak aku sendiri juga. Ya. Kadang-kadang soalan dari anak-anak agak tinggi juga imiginasi mereka untuk mengetahuinya. Dan yang penting buat aku ialah jawapan kita jangan memesongkan mereka dari hukum Allah. Aku bagi contoh satu soalan yang ada dalam buku ini bilamana anaknya bertanya ‘Ayah siapa ciptakan Allah?’ Nah bagaimana kita nak menjawab kepada seorang budak kecil ini.

Untuk entry-entry akan datang mungkin aku akan banyak berkongsi ‘mutiara-mutiara’ ini terutama kepada ‘client-cliet’ aku yang selamat mendirikan rumahtangga dan bakal menimang cahaya mata dan sedang membesarkan anak-anak.

Nota: Kepada yang masih mencari-cari photografer untuk merakam detik bersejarah korang bolehlah hubungi aku di email awemerahmerah@yahoo.com atau tel aku di talian 019-388 0575 untuk pertanyaan dan temapahan. Harga masih boleh dibincangkan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s