Kenapa Kena Puasa, Abah?


Muhd Faris Daniel; Kebanggaan Abah

Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik dah masuk 10 terakhir dah Ramadan kali ni. Rasa baru je puasa. Tahun aku amat rasa bertuah bulan puasa kali ni. Tahun ni adalah tahun pertama anak sulung berpuasa. Aku bangga dengan dia. Aku rasa amat beruntung. Aku rasa sejuk sangat bila lihat dia. Dia baru berusia 5 tahun. Tapi semangat berpuasa dia mengalahkan aku. baru dua hari dia tinggal puasa. Itupun sebab dia tak tahan sangat menempuh perjalanan jauh masa balik kampung kat Terengganu masa awal-awal puasa ari tu.

Tahun ni aku melapangkan masa untuk sama-sama beri dia semangat untuk terus berpuasa. Aku banyak solat tarawih kat rumah. Aku banyak lapangkan masa berbuka kat meja rumah dari berbuka di kedai. Isteri aku pulak tahun ni lebih banyak memasak di rumah walaupun kami balik kerja terkejar-kejar. Sebab anak sulung aku ni kalau berbuka je mesti nak makan ayam goreng pedas ibunya. Pastu nak minum air sirap je. Kami sama-sama bekorban untuk mendidik anak-anak. Tambahan lagi tentang agama.

Seronok aku lihat riak wajahnya bila menunggu masa nak berbuka. Dia mesti tertunggu-tunggu. Kejap-kejap dia menjengah ke dapur. Dan ayat yang biasa keluar dari lisannya ialah ” emmm sedapnya ibu masak”. Berbunga jugak lah isteri aku. lepas tu dia cakap ‘alaong nanti bila berbuka nak makan banyak-banyak”. Bila kejutkan sahur pun dia agak senang nak bangun tapi nak disuapkan makan. Walaupun dah 5 tahun aku layan je sebab nak bagi dia sahur dan berpuasa. Takut gak dia tahan berpuasa esoknya.

Alhamdulillah. Ini adalah anugerah Allah yang paling besar buat aku. Aku harap dia boleh jadi anak yang soleh. Sebab anak soleh adalah satu-satunya harta yang boleh mendoakan kita nanti. Aku selalu berdoa supaya Allah memberi nur dan hidayah buat anak-anak dan ilmu yang bermanafaat buat mereka menempuh kehidupan ini. Dan aku juga harap adik-adiknya boleh mencontohinya.

Jadi kepada semua kita dah boleh ajar anak kita menjalani ibadah agama bermula dengan kita sebenarnya. Bermula dari mereka kecil lagi. Ajak mereka ke surau. Ajak mereka ke majlis2 ilmu. Ajak mereka jumpa orang susah. Kalau ke Bazar ramadan tu jumpa orang mintak sedekah aku selalu bagi duit kat anak-anak aku supaya diberikan kepada peminta sedekah tersebut. Nanti dia akan tanya “kenapa kita bagi duit abah?”….”aku jawab dia orang susah tak macam kita. Tengok kaki dia..kan tak ada…” dia mengangguk. Ertinya dia faham sebagai seorang kanak-kanak.

Jangan takut nak ajar anak tentang agama. Ini nak bawk anak ke surau pun takut ganggu orang lain solat. Sebenarnya kita boleh ajar etika kepada anak kita. AKu dulu pernah sekali masa bawa anak aku sembahyang terawih sampai terbalik dinding pemidang anatar lelaki dan perempuan tu. Nasib tak kena makmun lain. Tapi aku tetap bawa dia ke surau. Bila dah berlaku nanti mereka akan belajar dan belajar.

Panjang pulak menaip kali ni. Ada masa aku sambung lagi. AKu doakandia dapat habiskan puasa dia. AKu tak janji dengan duit raya. Aku ajar dia tentang ganjaran pahala dan dosa. Aku selalu terapkan kat dia pasal syurga dan neraka. Untuk masuk syurga kena buat perkara yang mendapat pahala. Kalau buat perkara yang berdosa maka neraka lah tempatnya. Jadi dia dah faham konsep tu. Maka senang sikit nak terapkan yang lain-lain. Amin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s