Majlis Pertunangan Siti & Hanif

Salam, agak lama juga aku menyepi dari up date blog ni. Kat kantor pun makin banyak aktiviti dan gerak kerja tahunan yang perlu didahulukan. Tapi aku cuba akan terus konsisten beri komitmen kat kerja yang aku minat ni. Aku mohon maaf juga kat jika ada kat client aku jika aku ada silap dan salah. Maklumlah kan.

Apapun ada sikit gambar Majlis Pertunangan adik ipar aku yang berlangsung pada hari raya puasa yang lalu. Jadi photografer untuk majlis keluarga sendiri ni agak mencabar juga. Ingatkan senang. Mana taknya bab tolong menolong kat dapur dan persiapan kenalah juga menjengah. Nanti apa pulak kata sedara mara. Lainlah kalu kita ni jenis tak suka menolong orang..hee..hee.Jadi sesaper nak jadi photografer mestilah kena orang yang serba boleh. Masa majlis pertunangan ni ada satu peristiwa ‘bidan terjun’ kat aku. Korang layan dulu gambar. Citer sambung kat bawah.

Korang tengok gambar ni. Masa ni aku bagi kamera aku kat isteri aku sebab aku kena jadi bidan terjun iaitu menjadi ‘tukang cakap’ majlis meminang. Ni first time aku buat kerja ni. Aku dah lah haram tak reti berpantun. Nasib baik aku ada pengalaman ambik gambar orang bertunang, nikah dan kawin ni. Maka aku pun susun lah kata-kata aku yang entah manis ke tak bunyinya. Aku perasan hadirin ada gelak-gelak kira orait la tu. Dapat jugak lah aku bercoleteh walaupun ringkas je ucapan dari aku mewakili mertua aku bagi pihak belah pompuan. Majlis kat sana pun tak de la adatnya banyak sangat. Janji dua-dua bakal dah setuju. Jangan pulak lepas ni ada pasangan pengantin mintak kameraman berucap pulak. Tak jadi ambik gambar kami nanti.

Sesi outdoor hari tu dibuat kat Pantai Teluk Ketapang, Kuala terengganu. Kat Terengganu memang banyak pantai yang cantik-cantik. Jadi sesaper nak cari pantai yang cantik dan bersih airnya bolehlah berkunjung ke Terengganu. Cewahh..promosi terengganu pulak.

Akhirnya, tahniah buat adik ipar aku Cik Siti, keluarga yang akan menerima menantu baru nanti. Moga kita semua berbahagia hendak Nya. Aminnnn.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s