Hari Raya Korban 1432H

Salam, berkongsi citer tentang ibadah korban.

“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Tahun ni aku menyambut hari raya korban di Terengganu. Umah keluarga isteri. Tidak ada beza sangat dengan ibadah korban kat Kelantan. Tahun ni belah mertua aku ambik 3 bahagian. Satu bahagian untuk aqiqah. Aku ngan anak-anak berkorban rambut tahun ni. Sehari sebelum raya setiap tahun aku ngan anak-anak akan potong rambut saiz 1. Hari raya aku jadi tukang ambik gambar je. Tak sempat nak pegang tali lembu. Hee..hee. Layan citer bergambar hasil Tamron 17-50mm.


Ini bukan duit raya tapi duit yang dibayar kepada tuan punya lembu oleh mereka yang membuat ibadah korban pada hari tersebut.


Korang tengok tukang sembelih. Agak-agak dah berapa umurnya tapi boleh sembelih sampai 10 ekor lembu dalam satu hari. Kagum aku.


Kat sana dah jadi amalan orang yang berkorban perlu menyentuh lembu yang hendak disembelih dan berniat. Aku pun tak tahu ini amalan sunat ke atau adat saja.

Gambar last ni tak de kaitan ngan ibadah korban. Inilah kampung aku kat Kelantan. Sawah padi ayah aku. Lama aku tak turun ke sini. Cuti ari tu bawak anak-anak biar kenal ngan pokok padi. Takut anak-anak panggil pokok padi tu pokok beras pulak nanti. Bagi anak-anak kenal bau dan kotor lumpur. Bagi anak-anak kenal apa itu pacat dan lintah. Rindu betul aku nak berkubang macam dulu kat dalam petak sawah ni. Dulu kat sini ada satu kubang besar. Tempat kami jadi ‘kerbau’. Sampai bersirat la badan kena rotan bila berkubang kat sini. Indahnya kampung.


3 thoughts on “Hari Raya Korban 1432H

  1. bab sentuh haiwan sembelihan tu adat je. sblm tu, dah berakad utk wakilkan penyembelihan kepada penyembelih…sunnahnya sekiranya tak mampu nak sembelih sendiri, sebagaimana Rasulullah SAW pernah memerintahkan Fatimah supaya melihat binatang korbannya ketika disembelih. Sabda Baginda yang bermaksud: “Pergilah engkau melihat binatang korbanmu, sesungguhnya titis darahnya yang pertama itu Allah akan ampunkan dosa-dosamu yang terdahulu. Lalu Fatimah bertanya: Ini untuk kita Ahlul Bait saja atau juga untuk semua orang Islam? Rasulullah SAW menjawab: Bahkan untuk kita dan semua orang Islam.” – (Hadis riwayat al-Hakim)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s