Pengalaman Cuti Sekolah


Teaser Wedding Hidayah + Mahmud, Kajang

Esok adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun 2011. Lepas ni semua bebudak sekolah sekolah dari tadika hingga menengah akan bercuti panjang kecuali bebudak yang terlibat dengan SPM dan STPM. Bagi cikgu-cikgu pun ini adalah musim yang ditunggu-tunggu setelah setahun bekerja. Aku percaya masing-masing ada citer dan pengalaman sepanjang cuti sekolah bermula.

Aktiviti cuti sekolah kat kampung dengan bandar banyak bezanya. Kalau aku dulu cuti sekolah penuh dengan aktiviti dari pagi sampailah azan magrib bergema. Waktu cuti sekolah ni makan tengahari pun kadang-kadang bukan menjadi agenda aku dan kawan-kawan. Bermain lebih penting. Aku masih ingat lagi kalu kitaorang main ‘polis sentri’ mesti tak habis kalau nak main dalam masa satu hari. Sebab kawasan boleh menyorok bukan saja kampung sendiri tapi boleh sampai ke kampung sebelah. Kesian le saper yang jadi pasukan polis mula-mula. Sampai 2 hari permainan bersambung. Kitaorang kalau menyorok sampai lapar pun tahan, takut pihak musuh jumpa.

Lepas seminggu bosan main polis sentri kami main ‘coh’ pulak. Kat sini orang pangil main ‘galah panjang’. Permainan ni pun best jugak. Sampai bergaduh pun ada sebab tak puas hati punya hal. Dulu kat depan rumah aku adalah gelanggang tempat main ni sebab ada kawasan berpasir yang luas. Kesan tempat main ni dah jadi macam longkang dah.

Kalau pagi kami main permainan yang ringan, petang mesti kitaorang main yang berat-berat pulak. Bola sepak adalah satu kemestian bagi budak-budak laki. Main kat dalam petak sawah je. Kaki ayam pulak tu. Masa tu saper yang ada ‘boot’ bola yang getah pun dah dianggap ‘star’. Duri sembilu, tanah liat keras, kayu ke semua kitaorang sepak. Pelik juga tak de la kaki kitaorang rasa sakit-sakit sangat. Tapi sekarang kalu suruh main berkaki ayam tak sanggup aku.

Pendek kata jadual aku ngan kawan-kawan masa cuti sekolah memang penuh sebulan lebih cuti tu. Bosan memang tak dalam diari kitaorang. Jadual bermain memang padat. Dari melastik burung, cari biji getah buat laga, mandi sungai, menggagau ikan kat sawah, curi buah mempelam kat kampung sebelah, mengail ikan puyu dan banyak lagi yang aku rasa nak buat satu buku pun boleh citer pasal ni. Rasa nak patah balik ke zaman tu. Bahagia nye hati masa tu.

Tengok budak-budak kat bandar waktu cuti banyak dihabiskan depan tv, lap top dan lepak kat pasaraya. Zaman sekarang lagi la. Sosial nye aktiviti semua pakai hp. Ada FB la, Twitter la dan macam-macam. Aktiviti macam kat kampung macam dah wujud bagi diaorang kat bandar ni. Apapun kita meraih hidup ni sesuai dengan dari mana kita asal. Jangan sampai kita lupa mana asal usul kita sudah.


2 thoughts on “Pengalaman Cuti Sekolah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s