Akad Nikah Mahmud + Hidayah : Kajang

Selamat Tahun Baru Hijrah semua. Moga kita dapat berhijrah satu tapak lebih baik lagi ke hadapan. Moga semua niat kita adalah kerana Allah S.W.T. Semoga kita semua dalam keadaan yang baik-baik belaka. Dan kepada semua pengantin yang pernah aku ambil gambar mereka anda telah berjaya berhijrah ke satu lagi tahap kehidupan. Iaitu kehidupan berumahtangga. Moga anda semua berjaya dan bahagia hingga ke akhir hayat. Aminnn.

Sedikit gambar semasa majlis akad nikah Mahmud dan Hidayah di Sungai Merab, Kajang. Pasangan yang bagi aku cukup istimewa. Kali pertama aku ambil gambar mereka selepas akad nikah aku dapat satu kesimpulan iaitu cinta selepas nikah adalah berbeza keadaannya. Mungkin mereka lebih tahu.

Satu babak yang cukup sebak bagi aku ialah masa ayah pengantin perempuan memanggil anak perempuannya dan suaminya serta membisikkan amanat penyerahan tanggungjawab seorang ayah kepada si suami. Jarang aku dapat lihat amalan ini. Aku harap aku dapat buat nanti bila anak aku dah besar dan berkahwin. Insyallah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s