Menghubung Silatulrahim

Bismillahirahmanirrahim,

Cuti sekolah selama 2 minggu bermula lagi. Macam biasa kenduri kawin pun berlangsung di sana dan di sini. Kadang-kadang satu kampung dan taman perumahan ada 5 kenduri dalam satu hari. Silap hari bulan ada yang tersilap masuk khemah kenduri pun ada. Maklumlah masing-masing dengan warnatema dan nama tuan rumah pun hampir sama. Aku pun pernah terkena sekali. Dah sudah makan baru perasan yang silap rumah. Apa lagi mohon maaf jelah dengan tuan rumah cepat-cepat.

Apa yang penting jika kita hadir ke kenduri sedara-mara kita, apa yang penting ialah kita menghubungkan silatulrahim. Lagi-lagi dengan sedara-sedara yang jarang kita bertemu. Jangan la pula kita hanya kenal pak cik ngan mak cik kita je. Yang pangkat bawah-bawah tu kita selalu terlupa. Lama-lama generasi anak-anak kita pula yang dah tak ingat diaorang punya sedara belah mana. Menghubungkan silatulrahim ni adalah suatu ibadah yang digalakkan oleh Nabi kita kita. Jadi ambilah kesempatan berjumpa sedara-sedara kita lebih dari kita berjumpa dengan kawan-kawan facebook kita. Hee..hee..ingatan ini adalah pesanan untuk aku sendiri lebih-lebih lagi.

Layan gambar bertandang Yati + Hanif di Kuala Terengganu. First time aku shoot di persekitaran hotel. Majlis dilangsungkan secara outdoor. Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu. Tepi sungai Terengganu yang memberikan suasana yang sangat menarik.








































Sesi outdoor hari tu di sekitar Hotel dan Muzium Terengganu. Akhirnya tercapai juga hasrat aku nak shoot pengantin di lokasi rumah-rumah lama dan tradisional. Kat Muzium Terengganu memang terdapat rumah-rumah lama yang asli. Memang terbaik kat sini.











Tahniah kepada pengantin berjaya menghabiskan sesi outdoor walaupun pak guard Muzium berkali datang bagitahu masa melawat dah habis. Tahniah juga buat Pn Yati khabarnya dah berbadan dua. Jaga ‘baby’ kat dalam tu elok-elok.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s