Tips Anak Cepat Bercakap


Teaser Pasagan Wahidah + Izmeer : Banting

Tajuk entry aku ini adalah ulangan dari entry lama aku. Sebab ramai pengunjung-pengunjung blog yang mencari-mencari maklumat ni. Ini adalah juga perkongsian dari salah satu majalah yang aku baca. Moga ilmu ini dapat dipanjangkan dan dimanafaatkan oleh pengantin-pengantin yang aku pernah ambil gambar mereka dan juga bakal dan telah menimang cahayamata.

Sedikit perkongsian isu anak lambat atau cepat bercakap:
“Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun masih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?”

“Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.”

Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat.

Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat. Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat. Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.

Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur. Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi. Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat. Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri. Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

Anak yang perkembangan fizikalnya cepat, biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga. Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal, meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka. Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.

Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat, melompat, menendang bola, dan sebagainya.

Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.

Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain. Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.

Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka anda tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.

Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.

Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.

Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.

“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”

Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.

Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.

Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.

Nota: Aku ada satu petua dari seorang pengamal perubatan Islam bagaimana nak ransang supaya anak cepat bercakap iaitu dengan mengamalkan menyapu madu di lelangit mulut anak kita seawal usia mereka mencecah 6 bulan dengan didahului selawat. Aku ada amalkan dan alhamdulillah dengan izin Allah anak aku cepat menutur perkataan. Iktiar dari kita, Allah yang menentukan. Insyallah.


33 thoughts on “Tips Anak Cepat Bercakap

  1. Anak saya sekarang sudah 3 tahun lebih tapi belum pandai bercakap atau bertutur,dia cuma pandai mengarah,marah,minta sesuatu dan menyebut perkataan seperti ndak…papapapa.masalah nya.yang kami risau sekali umur sudah 3 tahun tapi tidak pandai bercakap lagi.

  2. Anak sy pn dh 2tahun, masih x blh nk sbt ibu atau ayah… Hanya satu yg disebut ALLAH…bila dia nk apa2 , dia akan tarik sy pastu tunjuk &nangis…

    1. Salam Puan Nurul, alhmdulillah. Hebat anak puan tu. Sebuan pertama ialah Allah. Moga dia nnt menjadi anak menjadi anak yg soleh/solehah. Jgn putus asa dlm membesar anak-anak mcm yg puan Rafiah bagitahu.

  3. anak saya sudah 2tahun stengah,tp xpandai sebut ape2 perkataan pun…yg di tahu merengek aje..tp bila dia tengok buku,seperti nak bercakap..perkatan yg disebut mam,mam,mam…itu je…bl saya ajar die xnak ikut…ketawa pula…
    #jalan pun belum..pandai main hpn canggih walaupun xdiajar

  4. Anak sy berusia 2 thn 4 bulan. Dia blh memahami arahan dan boleh menyebut bbrp patah perkataan wlpun agak pelat. Tetapi bila bercakap, dia lebih selesa menggunakan bahasa ‘planet’. Dia jg lebih tertarik utk mengikut bacaan zikir drp kata2 biasa. Sblhnya sy cuba menganggap perkembangannya normal tp sy risau jka dia rs cara percakapnnya itu betul dah refuse utk bercakap spt org lain.

  5. anak saya sudah berusia 4tahun saya sangat risau kerana dia belum pandai bercakap,tahun depan dia sepatutnya akan memasuki pra-sekolah saya bimbang akan masalah komunikasi dalam pembelajaran nya

      1. SAlam semua, saya nak cadangkan satu buku berkaitan dengan komunikasi dengan anak-anak. Tajuk buku ialah ‘ Seni Dialog Dengan Anak’ ditulis oleh Dr. Sa’ad Riyads. Saya syorkan sahabat-sahabat dan ibu-ibu boleh mendapatkan buku ini di pasaran. Insyallah boleh membantu sedikit sebanyak.

      2. Saya sudah buat pemeriksaan ENT. Dr kata anak saya ada masalah pendegaran (Glue ear). Dr telah masukkan Grommet tube. Insyaallah lepas ni pendengaran dia kembali normal.Tapi saya agak terkilan sebab agak terlambat.Semoga Allah permudahkan anak saya untuk belajar bercakap dengan sempurna. Saya cadangkan Hidayu pergi bawak anak ke ENT specialist.

  6. Saya mengalami masalah yg sama seperti maisarah…anak dah berumur 4 thn tapi masih belum boleh berckp. Dia hanya mengeluarkn bunyi mmmmmmm shj.

    1. Pn Elly dan Puan Maisarah, tahap pembesaran anak-anak berbeza. Saya ada anak kedua yang berumur 5 tahun tp lebih perlahan dlm pertuturan berbanding adiknya yang berumur 4 tahun. Saya lihat bezanya ialah tumpuan yang kami berikan lebih kepada siapa semasa mereka masih bayi. Memandang anak kedua kami beza tahun dengan yang ketiga cuma setahun maka tumpuan lebih kepada adiknya yang sekarang berumur 4 tahun yang lebih berani dan tidak bersikap malu-malu. Jangan terlalu meletakkan harapan terlalu tinggi utk anak-anak diperingkat ini. Biar mereka meneroka dunia mereka dengan bebas. Itu yg saya sedang lakukan sekarang. MOga anak-anak kita jadi insan yang terbaik sekurangnya utk menyejukkan hati kita nanti bila sudah tua.

      1. Saya amat risau dgn ank lelaki saya, usianya dah 3tahun, tpm,, dia selalu buat gerak mulut dia tp,, tk bunyi.dulu boleh jugak bercakap sepatah dua, tp,, sekarang senyap

    2. Saya sudah buat pemeriksaan ENT. Dr kata anak saya ada masalah pendegaran (Glue ear). Dr telah masukkan Grommet tube. Insyaallah lepas ni pendengaran dia kembali normal.Tapi saya agak terkilan sebab agak terlambat.Semoga Allah permudahkan anak saya untuk belajar bercakap dengan sempurna. Saya cadangkan Hidayu pergi bawak anak ke ENT specialist.

      1. Anak saya berusia 3tahun.masa usianya 2tahun 8bulan, dia boleh menyebut mama, abah, gapo dio, duk situ lah, hebat, tp selepas saya melahirkan anak kedua dia tak nak bercakap.apa pun yang saya suruh dia faham, cuma mulut nya mmm,,, macam tu.kalau apa dia nk dia cuma tunjuk sahaja,

  7. anak saya umur 3 tahun 2 bulan. byk bercakap tp masalahnya xblh nk buat ayat panjang2. xtau apa yang dibebelnya. cuma boleh paham berdasarkan perkataan terakhir nya yg agak jelas la. mengira dan mengenal benda xde masalah. patut ke sya bimbang and bawa dia pergi speech therapy?

    1. saya rasa perlu. takder ruginya. mungkin boleh membantu dia bercakap lebih lancar.saya cadangkan pergi ke Klinik Audiology UKM di Jalan Termerloh, Jalan Tun Razak.

  8. assalam..anak sy kini hampir memasuki usia 3y11bulan..diawal usianya 9bln, kami sudah mndedahkannya dgn pembelajaran dn lagu2 nursery melalui youtube..hasilnya di usia 2y die sudah mghafal malah mengenal abc 123, bentuk, warna dan alif ba ta..masalahnya kini, dia hanya suka menghafal2 lagu dan menyanyi ttp tidak mahu berkomunikasi..dia hanya suka memberi signal utk meminta atau menunjukkan sesuatu..ada beberapa perkataan saja yg pernah disebutnya spt minum air, makan nasik, mkan maggie, beyak(berak), kencing, mandi, kedai, pakai kasut, seluar, baju, spander,berus gigi, kepala, dn mcm2 lagi lah perkataan sepatah2..dia xpernah memanggil sy mama dn ayah nya wlupun selalu sy ajar dgn menunjukkan gambar sy dn ayahnya..ini merisaukan sy kerana cadangan sy untuk mghantarnya ke tadika adalah pd thun 2014 ini..ikhtiar sy sekg adalah selalu berkomunikasi dgnnya dan berdoa kpd Allah..

  9. anak saya umur 2 tahun 9 bulan pun x pandai bercakap lagi…yang dia tau bye-bye…kalau nak makan..minum dia akan tunjuk @ ambik botol susu dia…tapi dia faham arahan…suruh ambik aper2 dia bleh buat..cuma nak bercakap tu x dapat lagi…

  10. saya ada anak 7thn tak pandai ckp,so bawa jumpa doktor pakar psikiatrik,meyatakan anak saya autistik.tp hasil dari saranan doktor bawa terapi speech,terapi cara kerja.syukur byk perubahan saya dapat.skrg ckp da boleh di fahami,pndi menjwb.belajar pun cepat berkembang.

    1. Salam Mas Eisya, sebelum itu saya berharap puan jangan terlalu panik dalam hal ini. Perkara ini seeloknya puan merujuk kepada pakar kanak2. Tapi setahu saya bila ada bunyi keluar dari ruang mulut dan anak tekak anak kita berada dalam keadaan normal (tidak melekat) ianya adalah keadaan normal. MAcam anak saya yang no. 2 yang memang kurang bercakap akibat mungkin dari faktor jarak umur anak saya yang no 2 dan no 3 ialah setahun sahaja. Anak no 2 saya lebih suka berdiam dan jarang bercakap bila dengan saya dan isteri saya serta naka-anak yang lain. Tapi bila saya bawa dia bermain di luar rumah nampaknya dia ok. Cuba pendekatan yang lain. Lihat dia dengan kawan-kawan dia adakah dia ok atau tidak.

  11. Assalamualaikum, saya mempunyai anak yang berusia 3tahun, masa usianya 2tahun 8bulan dia boleh menyebut mama, abah, hebat, duk situ la, gapo dio, tapi selepas saya melahirkan anak yang kedua, dia tak nak menyebut lagi perkataan tersebut, cuma bila nk susu dia umm,umm, nak makan, nak main apa pun jua dia akan berbunyi um, um, itu je.bila saya suruh ambik botol susu ke, apa ke dia faham, cuma dia tak nak cakap bila saya ajar dia, saya sangat teringin mendengar dia memanggil saya mama.

  12. Anak saya tk pandai nak berkawan, kalau berkawan dia jenis nak gurau macam tu, dulu sebelum saya bersalin, saya banyak bercakap dengannya, lepas bersalin saya selalu nak marah dengan nya, tapi apa jua saya suruh memang dia faham, dia pun nak apa-apa dia tahu tunjuk..

    1. Kadang-kadang anak saya dengar lagu dia gerak kn mulut nya, tp,, suara dia tk keluar.bila saya ajar dia senyum.kadang tu, saya sedih sangat.dulu boleh panggil mama.

  13. sya ade anak berusia 2 thun tp msih tk bleh ckp 2ptah prkataan.cume bleh ckp mama,mama,mama.ble sye sruh ambek btol susu,bntal,bsuh tngan die faham.klo ape yg die nk tp tk thu nk ckp die akn tnjuk ape yg die nk.

  14. saya ada anak yang berusia 3 tahun….. saya sendiri keliru samada dia pndai sebut or sebutan t just kebetulan…. sebab dia selalu guna ayat yang x boleh d fahami d setiap perkataannya terlebih dahulu lepas tu baru lah dia akan sebut hujung yang boleh d fahami. & kadang2 dia ada bercakap dgn perkataan yang panjang lepas tu dia akan ketawa sendiri… tapi perkataan panjang tu langsung tidak d fahami oleh kami. setiap hari dia bercakap dengan org sekeliling tapi dalam 10 patah cuma ada 1-2 sahaja yang mengena utk di fahami… (sorry hard to explain)

  15. Salam..ada banyak benarnye artikel ni..anak saya no 2 fizikal lincah lasak..tapi ckpnye pelat..tapi saya tak pulak risau atau label dia kurang bijak ke ape sebab dia dr umur 1 tahun lebih dah mengenal huruf..nombor..jauh lebih advanced dr org lain..yg umur 4 tahun pon x tau ape2 lg..tp dia dh kenal bunyi dan sbg nya..so saya rs x perlu risau sangat hehe

    Nway nice entry

    Jemput ke blog saya juga utk info2 pelbagai kesihatan ye

    http://Www.adaa-inspiration.com
    Tq

  16. Anak saya sudah masuk 4tahun tapi dia masih belum pandai bercakap dia buat hal dia je, kadang2 saya panggil dia atau bagi arahan dia tak dengar..tapi klu saya pasang lagu frozen kat hanset saya ,dia lari terus kat saya sambil tengok Dan senyum saya.lepas tu diavsuka ckp bahasa yg tak faham…sorry hard to explain

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s