Citer tentang Ayah

Ada satu pagi tu semasa memandu ke tempat kerja. Aku terpandang sambil mengekori sebuah motorsikal yang ditunggangi oleh seorang ayah dan dua orang anaknya menuju ke sekolah. Agak aku kerna anak-anaknya memakai pakaian seragam sekolah. Terus ingatan aku kembali ke zaman aku sekolah dulu. Motor Honda 100 ayah adalah satu-satunya ‘mobil’ untuk aku dan adik aku ke sekolah. Biasanya aku membonceng di belakang dan adik aku kat depan atas tangki. Selalu baju aku ada kesan lubang-lubang kecil kerna baki hembusan rokok ‘gudang garam’ ayah lepaskan. Sikitpun aku tak merungut sebab aku tahu ayah dan rokoknya tak boleh dipisahkan. Maklumlah pak tani itulah rutinnya. Aku hanya berharap satu hari ayah boleh berhenti merokok. Dan Alhamdulillah lepas pulang dari umrah ayah aku dah tak merokok lagi. Aku bukan nak citer pasal rokok tapi citer pasal ayah.

Aku percaya kita semua ada ayah. Cuma mungkin panggilan kita berbeza. Ada antara kita mempunyai ayah yang bengis, garang dan panas baran. Tapi kita dulu tetap sayang ayah kita. Kita dulu tak berani nak lari dari rumah. Kita takut dalam hormat. Kita respect ayah kita. Walaupun dia banyak berdiam dari bercakap tak macam mak kita. Tahun ni umur ayah aku dah mencecah 70 tahun. Makin berumur aku tengok dia. Gigi dia pun dah makin jarang. rambut pun dah semua putih. Selamat hari bapa aku ucapkan kat ayah aku. Hasrat aku nak hantar ayah aku ke Mekah dah tercapai. AKu pun tak tahu nak bagi hadiah apa yang sepadan dengan jasa ayah. Tak ada satu pun yang ternilai untuk diukur. Aku doakan ayah sentiasa sihat dan kuat.

Sekeping dua gambar Majlis Persandingan Wahidah dan Izmeer di Banting. Hari persandingan yang meriah dengan saudara mara, kawan-kawan dan masakan rewang yang sedap. Cuaca pun amat baik hari tu. Yang aku tak lupa air jambu batu yang kaler hijau campur asam boi. Kat majlis ni je yang aku pernah rasa.

























Tempat outdoor hari tu ialah di Pantai Kelanang. Dekat je ngan rumah pengantin. Dia tunjuk aku jalan ‘short cut’ ke sana. Pantai Kelanang adalah salah satu tempat outdoor paling ‘top’ bagi ‘photoshoot wedding’. Dapat juga aku merasa ambil gambar kat sini. Masa sampai tu ada lah dalam 4 pasangan pengantin tengah ‘shoot’. Kitaorang kira sesi paling lambat la. Mujur hari tu sifuu aku pun ada shoot area tu. Dapat dia menyinggah jap. Thanks n Acaii.








Sesi outdoor hari tu tamat dah dekat2 Maghrib. Ramai aku tengok photografer datang untuk ambil gambar ‘sunset’ kat Pantai Kelanang. Tekun sungguh mereka berjiwa macam ni. Tapi gambar mereka tak ternilai. Aku rasa kalau ada masa lapang nak datang lagi ke sini nak ambil gambar pokok-pokok bakau.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s