Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W di bulan Ramadan

Bismillahirahmanirahim,

Malam tadi macam biasa kat surau apartment aku tinggal ada tazkirah lepas 4 rakaat solat sunat Tarawih. Malam tadi ustaz jemputan memberi tazkirah berkenaan kelebihan umat Nabi Muhammad berbanding umat lain terutama di bulan Ramadan karem ini. Antara intipati tazkirah semalam ialah pahala kita akan digandakan sepanjang bulan Ramadan ini. Ini kerana kita umat yang umurnya hanya singkat sahaja sekitar 60-70 tahun puratanya. Maka dengan tu Allah telah memberi kelebihan ibadah umat Nabi Muhammad digandakan. Di bulan Ramadan ini ibadah sunat dikira pahala ibadah wajib, pahala wajib pula dilimpahkan 70 kali ganda. Kalau kita diizinkan Allah berjumpa malam lailatulqadar maka ganjarannya ialah 87 tahun beribadah. Subhanallah. Maha Pemurah Allah.

Nah! Apa lagi, rebutlah peluang yang terhidang ini. Adakah kira hanya mengharap pahala dari solat kita sehari semalam kira hanya 1 jam sahaja waktunya, padahal 23 jam lagi bermacam perkara lain yang kita lakukan. Adakah kita hanya mengharapkan puasa kita yang wajib 30 hari dalam setahun, pahadal masih ada lagi 335 hari yang mungkin melalaikan kita. Adakah kita mengharapkan ibadah-ibadah ini untuk kita membayar syurga Allah. Apa yang paling menyentuh hati aku semalam ialah bila ustaz memberi kiasan berapakah harga dan berapa lama yang kita perlukan untuk membayar hutang rumah kita yang hanya seluas 1000 sq, 25 x 70 atau sebuah banglo? Berbanding untuk kita menghuni syurga Allah yang seluas petala langit dan bumi. Renungan ini adalah untuk diri aku sendiri sebenarnya.

Sedikit tatapan gambar dari pasangan Wahidah dan Izmeer di Kg Cempedak, Kundang, Selangor.








Kawasan kampung yang cantik dan di sini kitaorang buat sesi outdoor. Moga korang berdua menjadi suami isteri yang dicnitai Allah. Amin.















Nota: Selamat Menjalani Ibadah puasa kepada semua pembaca blog aku ini. Apa yang baik kita rebut, apa yang x baik kita jauh.


One thought on “Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W di bulan Ramadan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s