Tips Mengambil Gambar Outdoor Perkahwinan

Bismillahirahmanirahim,

Salam lebaran semua. Sana sini sepanjang musim syawal ni meriah dengan aktiviti rumah terbuka. Dah jadi macam satu adat. Ada jemputan rumah terbuka baru terbuka langkah kita untuk ke rumah sedara, kawan dan kenalan. Ianya bagus tetapi kalau boleh bukankah lebih bagus jika amalan ini diamalkan walaupun tuan rumah tidak mengadakan rumah terbuka secara rasmi. Jika bertandang atas dasar niat ziarah-menziarahi. Kadang-kadang dengan jiran sebelah pun kita tak menjenguk rumah mereka di bulan mulia ini oleh sebab tiada majlis ‘open house’. Ingatan untuk hati ini sebenarnya.

Entry kali ini adalah tips hasil pengalaman secara tidak langsung sepanjang memegang kamera, sepanjang mengikuti sifu-sifu hebat di bidang ini, sepanjang membaca dan meneliti hasil serta karya-karya individu lain dan yang lebih manis adalah hasil keyakinan dan pembalajaran dari kesilapan dan kelemahan diri. Moga pengalaman seciput ini dapat memberi manafaat kepada mereka yang minat dalam bidang ini.

Meneliti dan Belajar Hasil Karya Orang Lain

Melihat hasil karya orang bukan lain tidak semestinya belajar dari mereka yang terkenal sahaja tetapi kadang-kadang hasil karya dari mereka yang baru juga mungkin boleh memberikan kita idea baru dalam membuat perancangan untuk sesi pergambaran kita. Dengan kata lain hargai karya orang lain.

Selalu Merajinkan Diri Belajar Dari Mereka Yang Lebih Bagus

Dari pengalaman ini, aku merasakan aku lebih cepat belajar sesuatu tentan teknik dan skill dalam mengambil gambar. Berbanding jika kita mengikuti kelas formal yang kadang-kadang terlalu ramai pesertanya dan gurunya mempunyai masa yang terhad untuk fokus hanya kepada kita. Lagipun jika kita mengikut mereka yang lebih berpengalaman kita terus berada dilapangan yang sebenar.

Membuat Tinjauan Awal ke Lokasi Outdoor

Jika mempunyai masa, anda boleh membuat tinjauan awal tempat ‘shooting outdoor’ tersebeut. Kalau tidak anda boleh merujuk gambar-gambar dari mereka yang pernah membuat sesi ‘outdor’ kat tempat tersebut. Ini memudahkan anda mengilhamkan idea untuk majlis pengantin anda nanti.

Di bawah adalah sekeping dua gambar sehari sebelum Syawal yang lalu di mana aku mengambil peluang belajar mengambil gambar. Subjek hari tu adalah anak aku sendiri. Terima kasih along sudi bangun pagi-pagi melompat-lompat dalam rumput untuk abah.

Seawal jam 6.45 pagi aku dah sampai kat lokasi
Inilah lokasi ekperimen outdoor aku hari tesebut…tunggu cahaya matahari naik menyimbah bunga-bunga rumput..cewahhh
angle pertama…level sesedap mata menengok…nampak tak kuningnya sinarannya
Level 2…dapatkan sudut luas pandangan.
Cuba close lebih sedikit depan mata…
Close lagi sampai cecah lens…dapat bokeh depan
Low angle…
masukkan subjek dalam shooting anda…suruh dia berlari kalau dia fit
Pastu suruh dia undur semula..lepas tu lari balik semula dengan gaya yang lain
Ambil gaya shilloute…cuba mengak plak
Kalau subjek masih bertenaga..suruh dia lompat-lompat…anda boleh edit letak tulisan kat gambar macam ni…lakukan crop yang betul
Jangan lupa ambil muka close up subjek nanti marah plak dia sebab asyik nak ambil gambar rumput jerr…

Sedikit hasil aku yang boleh aku kongsi dan belajar dengan kawan-kawan diluar sana yang boleh membina aku. Semoga semua terus berkarya. Jangan cuma ghairah beli kamera tapi korang simpan je….baik keluar subuh-subuh ambil gambar ciptaan Allah dan ucap Subhanallah, dapat gak pahala. Tq kerana membaca sampai habis.


14 thoughts on “Tips Mengambil Gambar Outdoor Perkahwinan

    1. Salam Prosa Klasik, ambo budak baru belajar jugok, kalu nk join sama-sama leh ler..mano hok ambo tahu sikit2 kawe leh tunjuk ajar.. Terima kasih kat Sifu2 ambo hok banyak beri tunjuk ajar. Kalau ada masa leh ler shot gambar anok2 demo…

    1. Salam Fiza, insyallah boleh je nak shoot mcm ni. Boleh jadikan ini sebagai rujukan dan juga photog otai yang lain. Rajin belajar dan rajin praktis….saya pun masih terus belajar….:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s