Tag Along : Dewan Perdana Felda

Bismillahirahmanirrahim,

Entry kali ni berkenaan satu perkataan yang selalu orang yang baru belajar ambil gambar gunakan iaitu ‘tag along’. Aku cari makna tag along ni kat pak cik google dan terjumlah maknanya lebih kurang macam kat bawah ni.

to go somewhere with a person or group, usually when they have not asked you to go with them“-cambridge dictionary-

Itulah makna tag along. Dengan cara inilah aku banyak belajar tentang photografi. Mula-mula dulu aku pun masuk gak kelas yang ada photografer anjurkan atau kelab fotografer anjurkan. Kelas macam ni pun bagus untuk kita kenal secara teori tentang bidang fotografi dan sedikit praktikal. Dapat jumpa ramai kawan-kawan dalam bidang yang sama. Agak seronok tetapi masa untuk pengajar menumpukan kepada kita agak terhad kerana peserta ramai. Lagi pula kalau kita pun baru beli kamera tapi keinginan kita agak tinggi pada mulanya. Tapi biasanya lepas kelas berlalu ramai yang tak ikut dan pratik secara konsisten atau dengan kata lain kameranya disimpan dalam kotak almari.

Bagi aku selepas ikut pembelajaran di kelas yang formal, aku merajinkan diri dengan ‘tag along’ dengan mereka-mereka yang mahir dalam bidang ni dan boleh memberi tunjuk ajar kat kita. Bukan tunggu orang offer baru nak ikut. Memang agak memenatkan kerana tiada apa-apa bayaran yang kita terima tetapi ilmu yang aku dapat sepanjang pembelajaran secara ‘tag along’ adalah tidak ternilai. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan sifu-sifu fotografer yang selama ini aku selalu mengikut mereka walaupun mereka tak ajak. Muka tak malu betul aku ni.

Sedikit gambar semasa jadi assistant En. Acaii di Dewan Perdana Felda yang lalu. Terima kasih sensei sebab bagi kepercayaan kat aku jadi assistant ko ambil gambar di lokasi impian setiap fotografer menguji kebolehan mereka atau dengan ayat lain meningkatkan skill level.




















Tak banyak gambar pengantin sebab nak tengok gambar pengantin banyak-banyak korang kena visit blog OP En Acaii. Assistant biasanya kena ‘cover’ scene-scene lain yang banyak maknanya juga kepada keluarga pengantin khususnya. Makin banyak aku belajar makin aku banyak aku rasa aku tak tahu.

Note: Kepada yang ingin menempah aku untuk bulan November dan Disember 2012 masih ada lagi kekosongan. Korang boleh e-mailkan aku atau telefon terus. Terima kasih semua.


2 thoughts on “Tag Along : Dewan Perdana Felda

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s