Hargai Pasangan Kita

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah, agak lama aku tidak berkesempatan ‘memuat naik’ bikisan dan gambar di blog aku ni. Sekarang pula musim cuti sekolah dan setiap hari minggu adalah hari bekerja buat aku dan kawan-kawan photog. Syukur kepada Allah aku diberi kesihatan sepanjang waktu dan saat ini untuk aku memberikan khidmat kepada pasangan pengantin dan juga kepada ‘family’ yang ingin aku abadikan senyuman mereka dari hari gambar diambil sehinggalah umur anak-anak mereka meningkat insyallah.

Semalam semasa dalam perjalanan ke Sungai Panjang, Sabak Bernam sempat mendengar tazkirah di radio berkaitan hubungan rumahtangga. Betul kata ustaz dalam radio bahawa dalam rumahtangga semua orang kena tahu menghargai tugas dan tanggungjawab orang lain. Betul kerja isteri mungkin hanya membasuh pakaian tetapi kerja itu adalah satu amanah yang perlu dihargai oleh suami. Betul kerja suami mungkin hanya pemandu teksi tetapi kerja itu adalah amanah yan berat dan perlu dihargai oleh isteri walaupun isteri pangkatnya lebih besar. Betul anak-anak kecil kerjanya tiada, tetapi tanggungjawab menghormati ibubapa adalah kewajipan mereka dan ibubapa perlu hargainya. Ini adalah lebih peringatan kepada diri aku sendiri sebenarnya. Beberapa keping gambar yang aku akan ‘memuat naik’ full entrynya nanti.

Wedding Photoshoot

DSC_6803Teaser Ina + Sadree, Jengka 14
DSC_5142Teaser Ain + Faizal, Shah Alam
DSC_1646Teaser Ija + Fansuri, Rawang
DSC_2632Teaser Lisa + Hassan, Kajang
Family Potraiture Photoshoot

DSC_7923Teaser Majlis Cukur Jambul Nik Nur Aimysha, Subang

DSC_9866Wahida’s Family Photoshoot, Sungai Buloh

Insyallah aku cuba kemaskini gambar-gambar ini dalam masa yang terdekat. Doakan aku sihat untuk teruskan khidmat ini dan juga tugas-tugas rutin dalam dakwah zakat. Kaunter zakat dibuka 7 hari seminggu dalam bulan disember ni. Aku bertugas di kaunter Damansara, Masjid Mujahidden. Jangan lupa bayar zakat korang semua. Internet banking pun boleh bayar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s