Cerita Budak Tahun Satu

Bismillahirrahmanirrahim,

Entry pertama untuk tahun baru 2013. Makin hari aku rasa waktu berlalu dengan cepat betul. Memang benar ‘masa itu emas’. Sedar tak sedar anak sulung aku dah menjejakkan kaki ke alam persekolahan sebenar. Dah masuk tujuh tahun dia membesar. Alhamdulillah perangai dan sikapnya macam aku dulu juga mula-mula masuk darjah satu. Semangat tak ingat. Tak lena tidur malam nak tunggu hari pagi. 5.30 pagi dia dah kejutkan aku. Tapi aku dulu takut nak kejutkan ayah aku. Bukan sebab apa, ayah aku selalu mendahului anak-anaknya bangun pagi. Sampai sekarang. Aku harap anak aku terus begini sampai dia besar. Amin.

Dulu pagi-pagi bangun nak ke sekolah arwah mak dah siapkan air teh ‘o’ dan nasi dengan ikan rebus goreng kat dapur. Ikan rebus goreng kalau makan masa panas-panas memang ‘best’. Dah lama aku tak makan ikan rebus goreng. Arwah mak memang tahu apa selera anak-anak dia. Masakannya ‘simple’ tapi sedap. Sekarang aku dapat lihat isteri aku pula yang pagi-pagi menggalas tugas ini. Berat tugas membesarkan anak. Moga Allah memberi kami kekuatan kesihatan, kesabaran dan kesungguhan.

Sedikit hasil kerja photografi perkahwinan lepas di Felda Jengka 14, Pahang. Majlis perkahwinan sahabat sepejabat dengan aku. Kak Ina dan Abang Sadree. Suasana kenduri penduduk kampung memang terbaik dan ‘marbelus’. Kerja gotong-royong yang jarang kita jumpa di bandar-bandar besar.

DSC_6006
DSC_6020
DSC_6034
DSC_6046
DSC_6054
DSC_6085
DSC_6098
DSC_6218
DSC_6376
DSC_6394
DSC_6312
DSC_6462
DSC_6486
DSC_6505
DSC_6509
DSC_6537
DSC_6548
DSC_6528
DSC_6574
DSC_6663
DSC_6595

Sesi outdoor kitaorang buat kat ruang belakang rumah pengantin. Kampung punya view celah mana pun mesti ada tempat yang bagus untuk buat outdoor sesion. Terima kat jiran kat Ina yang bagi keizinan guna laman belakang rumah untuk buat ‘shooting’. Gelak orang kampung tengok aku meniarap, terlentang mengambil gambar. Siap ‘offer’ lapik lagi takut baju kotor. Terima kasih makcik. Nanti raya saya datang rumah tau.

DSC_6698
DSC_6723
DSC_6730
DSC_6781
DSC_6798
DSC_6815
DSC_6828
387870_520922031269384_211243736_n

Terima kasih pengantin dan keluarga. Gulai kawah memang ‘tip-top’. Kali pertama aku makan ‘otak lembu’ masak cili api kat majlis ni. Lepas ni kalau ada aku nak merasa lagi. Moga Kak Ina dan Abang Sadree ceria sampai sokmo-sokmo.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s