Hari Mengundi

AJP_4703
Teaser Majlis Bertandang Izat + Zuhaidah

Bismillahirahmanirahim,

Salam semua pembaca blog. Lagi 2 hari akan tiba hari bersejarah dalam peristiwa negara kita. Iaitu hari mengundi. Sekarang tiap-tiap hari di corong-corong radio dan pembesar suara Tv akan kedengaran lagu ‘mari mengundi’. Siap ada versi baru lagi supaya lebih rancak dan segar. Itu yang membuat ramai orang menunggu-nunggu hari itu. Mengalahkan hari raya kedengarannya.

Tahun ni ialah tahun kedua aku akan membuang undi di kampung aku nun jauh di Kelantan. Walaupun jauh aku akan pulang menunaikan kewajipan pada negara. Sambil-sambil tu aku berpeluang bercuti di kampung. Suasana politik di bandar dan di kampung agak jauh juga bezanya. Kat kampung kita kenal ramai orang-orang yang mengundi. Maklumlah kebanyakannya sedara-sedara kita je. Kadang-kadang hari mengundi jadi macam satu perayaan. Kalau kampung aku tidak kira warna apa politik orang tu tapi bila ada buat makan-makan dan keraian di markas atau pondok panas satu kampung dijemput. Itu yang seronok tu.

Malam terakhir sebelum hari mengundi mesti kami berkonvoi motor. Tak payah pakai helmet la malam tu. Bila dah ramai-ramai bawa bendera politik masing pusing-pusing kampung hati rasa kembang bila lalu depan pos panas orang melambaikan tangan pastu ada yang siap bersorak. Tapi jangan buat hal lalu depan markas warna lain silap-silap kena baling ngan kuih kat kepala. Aku dulu pernah kena tau. Lepas tu ‘rem la kuat-kuat’. Macam mat rempit kena sergah ngan polis tu. Haa..haa..seronok bila kenang semula.

Apa-apa pun aku harapkan kawan-kawan semua yang layak mengundi jangan ambil remeh tentang hari bersejarah ni. Jom pakat keluar mengundi. Ini negara kita. Kita berhak memilih. Jangan menyesal pula bila tidak melibatkan diri. Bagi yang kaki ambil gambar masa nilah korang nak asah skill shooting. Masa ni lah nak main kaler2….Akhirnya selamat mengundi semua. hati-hati di jalan raya. Jumapa next entry dengan gambar-gambar pilihanraya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s