Ambil Gambar Album Raya

Bismillahirahmanirahim,

Perkongsian tazkirah malam tadi di surau apartment aku malam tadi, malam ke 21 Ramadan. Ustaz Sabri dalam nada sayu mengucapkan…semakin hari semakin sedikit baki Ramadan yang tinggal. Semakin dekat Ramadan akan meninggalkan kita. Semakin kurang orang di surau. Semakin rancak bunyi mercun. Semakin kerap lagu raya dilaungkan. Semakin penuh ‘shopping mall’. Semakin hebat tawaran jualan raya. Semakin gembira segelintir ramai manusia dengan hal ini. Semakin sedikit yang menangisi akan usia Ramadan kali yang semakin berkurang. Sedarkah kita? Ramadan akan berlalu lagi. 1400 tahun dulu Rasullah menangis, sahabat menangis, umat Islam menangis….sayu untuk berpisah dengan Ramadan. Kita?…aku tertunduk malam tadi. Jawapan hanya hati aku yang tahu. Di mana perasaan itu…Ya Allah hadirkan dalam jiwa dan hati ii perasaan itu. Perasaan rindu akan Ramadan. Amin.

Sekadar perkongsian sedikit ilmu yang Allah kurniaan kepada aku. Memahat memori korang yang ingin mengabadikan kenangan Hari Raya bersama sanak keluarga. Boleh hubungi aku untuk khidmat ini di hari raya nanti. Untuk kenangan Ramadan dan Syawal kita. Merasa kecintaan kita kepada kebesaran Allah di hari mulia hari raya. Insyallah aku akan berikan yang terbaik. Gambar keluarga Haji Ismail dan Hajjah Rusnani untuk diletakkan di meja pada hari raya buat tatapan tetamu yang bertandang ke rumah. Hidangan penyejuk mata di hari raya.

DSC_5406DSC_5395DSC_5231DSC_5150DSC_4833DSC_4849DSC_4858DSC_4899DSC_4957DSC_4992DSC_5020DSC_5112DSC_5104DSC_5135DSC_5173DSC_5187DSC_5195DSC_5212DSC_5262DSC_5287DSC_5347DSC_5360DSC_5365DSC_5438DSC_5445

Nota: Selamat menjalani ibadah puasa dengan lebih giat. Moga Lailatulqadar hadir berjumpa kita. Amin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s