Citer Main Mercun

Bismilahirahmanirahim,

Bila tiba hari raya insan yang paling gembira ialah budak-budak. Masa kecik-kecik dulu dalam tahun 80an-90an main mercun adalah perkara paling dinanti-nanti. Tapi dulu jarang nak dengar budak-budak jadi mangsa mercun. Tapi tak pasti sangat sebab masa tu telivisyen tak tengok berita pun. Sibuk main. Tapi sekarang ni boleh dikatakan berita budak-budak jadi mangsa mercun macam dah jadi tajuk utama untuk melariskan tajuk berita.

Aku masih ingat lagi dulu main meriam buluh guna ‘karbait’ tak pun pakai minnyak gas atau minyak tanah namanya. Berlawan-lawan. Masa tu orang dewasa dalangnya. Kami budak-budak tukang sorak je. Kadang-kadang ada juga kawan-kawan yang nakal suka baling mercun dalam surau tengah orang sembahyang tarawih. Ter’opocot’ pak imam. Pastu kami lari selaju mungkin menyorok. Pagi esok mulalah dengar citer dari orang kampung pasal budak-budak baling mercun dalam surau. Kami rasa bangga bila cerita kami jadi tajuk utama orang mengumpat di bulan puasa. Hee..hee. Sekarang ni tengok mercun pun tak lalu dah. Setakat dengar je lah. Korang aku nasihat jangan main mercun dan jangan ajar anak korang main mercun.

Lagi gambar family potrait ala-ala hari raya tu. Family Pn Wahida dan En Fauzan yang agak besar. Meriah betul. Tahun ni ada tambah lagi ahli keluarga katanya. Alhamdulillah subur dan berkat.

DSC_9866DSC_9884DSC_9874DSC_9870DSC_9787DSC_9726DSC_9718DSC_9702DSC_9652DSC_9590DSC_9576DSC_9539DSC_9526DSC_9485DSC_9463DSC_9444DSC_9434DSC_9372DSC_9336DSC_9330DSC_9322DSC_9297DSC_9265DSC_9253DSC_9219DSC_9204DSC_9188DSC_9152DSC_9109DSC_9761

Nota: Ramadan tinggal lagi seminggu. Ayuh kita berebut tawaran hebat dari Allah buat kita ummat Nabi Muhammad.


2 thoughts on “Citer Main Mercun

  1. Pasal mercun ni, aku memang tak berapa suka. Dari kecik sampai la sekarang, nak-nak lagi sekarang bila ada anak kecik. dengan kita sekali terkejutnya. minggu lepas dah marahkan anak-anak jiran main mercun depan rumah.

    Foto yang menarik, speed light tuk semua gambar ni, tembak langit atau derect. hihiii…. tanya ilmu skit sebanyak nak rempuh raya nih.

  2. Salam Petiirrzzz, maaf lamabat reply. Maklumlah raya dan kesibukan sikit dan niat nak offkan semua internet jap. Nak menikmati raya. Speedlight ni banyak hala ke atas. Boleh cuba tgk keadaan cahaya dan tinggi syiling. Saya biasa guna 1/8 atau 1/16

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s