Citer Harga Barang Naik

ZHP_9304Teaser Lina dan Anip: Kuala Kangsar, Perak

Bismillahirahmanirahim,
Salam semua pembaca blog. Sejak kenaikan harga minyak ni semua orang asyik berbicara tentang kenaikan kos berbelanja. Kata mereka bila minyak naik 20 sen harga barang pula naik 50 sen. Ada tu naik sampai RM50. Ada juga dah kedengaran persatuan-persatuan pengasuh nak naikkan upah jaga anak hingga ke Rm100 kenaikannya. Bas sekolah punya kos, tuisyen anak dan mungkn lepas harga pos atau setem mungkin akan naik. Macam-macam kita dengar dari bualan samada di medan kedai kopi atau di medan media sosial seperti blog, twitter, facebook tentang hal ini.

Banyak dari kita suka dengan keadaan bualan kosong ini tapi jarang kita dengar apakah langkah yang perlu kita buat bila keadaan begini berlaku. Banyak dari kita suka melenting dulu dari berfikir dulu apakah yang tindakan yang perlu. Itu tidak salah kerana itu fitrah manusia. Lama-lama kita semua akan terbiasa dan pandai membawa diri dalam keadaan ini.

Macam citer bila sebuah kapal nak karam. Mula-mula semua panik, semua menyalahkan satu sama lain, semua berkepentingan sendiri,dan macam biasa golongan yang atas dulu akan didahulukan dalam kes tertentu. Walhal jika ada seorang yang bijak pandai perkara ini akan menjadi mudah dan insyallah semua akan selamat. Tapi tidak ramai yang ingin bertindak demi kepentingan semua. kalau ada pun lepas semua kejadian telah pun berlangsung baru ada bermacam idea dan pandangan. Kenapa tidak sebelum. Mungkin ramai tidak menjangkan kapal akan karam. Tetapi aku rasa perancangan telah dibuat jika berlaku perkara begini cuma pelaksanaannya mungkin lambat atau ada perkara-perkara menghalang.

Maaf ini adalah pandangan dari aku sendiri dan masih memikir-mikir apakah pelan terbaik untuk meneruskan kelangsungan. Sebenarnya ada jalannya cuma kita tidak mencari arah ke jalan itu. Kita macam biasa tunggu, lihat dan dengar sahaja.


One thought on “Citer Harga Barang Naik

  1. ,,pasti ada jalan meneruskan kelangsungan dengan bantuan-NYA juga pasti ulil amri malaysia memikirkan keuntungan; pasti untung.. +.2””””+.15+sampai 1.0 last – .1=9…. thun len +.2 sama sampai 1. last dgan subsidi -1 total=1.8

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s