Story Album atau Custom Album

Bismillahirahmanirahim,

Salam tahun baru Maal Hijrah 1435H. Dah lama Rasullulah pergi meninggalkan kita. Tetapi keperibadian dan teladan yang ditinggalkan masih terasa seperti beliau ada disisi kita. Mari sama-sama kita selawat dan salam kepada baginda Rasul Amin. Allahumma Solli A’la Saiyidina Muhammad.

Entry kali ni aku nak berkongsi sedikit berkenaan album perkahwinan yang biasanya disiapkan oleh photografer perkahwinan. Sekarang dah banyak jenis album telah ada di pasaran. Antaranya ialah album ‘custom’, photobook, story album, sticky album dan bermacam lagi disebut. Aku akan menggunakan ayat yang mudah untuk orang awam memahami istilah-istilah album ini. Biasanya ‘custom’ album atau story album atau UV album tertakluk kepada jenis album yang tebal mukasuratnya. Manakala ‘photobook’ pula biasanya album yang lebih berbentuk majalah. Album-album ini dibezakan mengikut size dan jenis kertas dan kerja-kerja akhirnya. Sebenarnya album-album ini kelihatan sama sahaja luarannya cuma yang membezakan setiap photografer ialah hasil kerja mereka iaitu mutu gambar dan kualiti gambar yang dihasilkan bermula dari saat gambar pertama diambil sehingga gambar terakhir diedit.

Sedikit perkongsian hasil tangan aku dalam merekabentuk album ‘customer’ saya. Mohon maaf juga kepada kalian jika ada kelewatan dari jangkaan untuk menyiapkan album anda. Hanya photografer yang tegar dapat memahami bagaimana ‘perjalanan masa’ untuk menyiapkan satu-satu album itu. Dah penat jari ni…layan ni dari salah satu album yang dah siap.

1
2
3
4
5
6
Perlu juga dilihat samada gambar yang diambil itu melalui proses sentuhan ‘editing’ atau gambar-gambar yang tidak di’cantikkan’ langsung. Aku pernah melihat satu album perkahwinan sahabat aku yang disiapkan semacam hanya dihantar ke kedai gambar sahaja untuk dicetak mengikut ‘design’ yang sedia ada di kedai tersebut. Sebab sekarang banyak ‘design templete’ yang sediaada di pasaran. Bagi aku tidak salah menggunakan ‘templete’ ini kerana ianya juga banyak membantu di dalam menyiapkan album. Ada juga ‘templete’ ini amat cantik rekaannya. Tetapi aku lebih suka membuat ‘design’ aku sendiri. Dari situ aku dapat mencipta ilham aku sendiri dalam merekaletak cerita di dalam gambar yang aku sendiri ‘snap’. Mohon tunjuk ajar juga pembetulan dari otai-otai photografer dalam hal ini.Aku masih belajar dan belajar. Banyak terima kasih kepada guru aku En Acaii Photografer yang banyak memberi tunjuk ajar dalam perkara ini. Beliau amat bagus dan kreatif dalam bab ini. Aku suka cara beliau berkarya. Moga Allah memberikan beliau kemurahan rezeki dunia dan akhirat.
7
8
9
10

Bila buat sendiri album ni kita boleh ubah ikut kesesuaian gambar dan cerita disebalik gambar tersebut. Sekali lagi aku mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang menjalan tugas mengambil gambar tahun lepas 1434H. tahun ni cuti sekolah ni ada lagi 2 tarikh yang aku ‘available’. Moh kita berhijrah ke arah menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah bukan sahaja menjadi baik di sisi manusia sahaja. Allahuakbar.


One thought on “Story Album atau Custom Album

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s