Majlis Bertandang Fikri & Miza:Taman Malawati

Bismillahirahmanirahim,

Pagi tadi masa sarapan dengan sahabat satu ofis isu perbelanjaan anak sekolah menjadi topik utama kami. Sahabat ini menyebut perbelanjaan 3 orang anaknya masuk asrama penuh mengalahkan perbelanjaan kos anak masuk IPTS. Anggaran kos beliau lebih kurang dekat 7-8 ribu. Aku tidaklah sangat terkejut dengan kenyataan beliau. Memang sudah menjadi bualan sekarang kos belanja memang meningkat. Itu belum bagi ibubapa yang menghantar anak-anak kecil ke tadika swasta yang paling murah pun kos yuran dalam RM100 sebulan. Bukan ibubapa yang biasanya kedua-dua bekerja ni tak nak hantar anak ke tadika kerajaan yang kosnya jauh lebih murah tetapi masalah untuk penjagaan anak lepas waktu kerja pula menjadi persoalannya. Jika di tadika swasta ibubapa terus boleh meninggalkan anak mereka di pusat jagaan harian hingga ke petang. Jadi kosnya perlulah ditanggung. Tapi demi masa depan anak kebanyakkan ibu bapa di bandar perlu menghadapi perkara ini.

Aku tak nak menuding mana-mana pihak tentang kos perbelanjaan yang semakin meningkat ini. Tetapi dalam hati terdetik juga ada ke majikan yang baik hati boleh menaikkan upah pekerjanya yang sebanding dengan kenaikan ini. Tapi aku harap ramai antara kita bijak menguruskan kewangan kita sekarang. Bawak-bawak berbincang serumah.

Okeylah, layan sikit gambar-gambar pasangan yang nerupakan sahabat aku ni.

ZHP_2902ZHP_2908ZHP_2954ZHP_2973ZHP_2944ZHP_2999ZHP_3013ZHP_3034ZHP_3071ZHP_3081ZHP_3113ZHP_3154ZHP_3188ZHP_3074ZHP_3212ZHP_3243ZHP_3204ZHP_3249ZHP_3208ZHP_3260ZHP_3305ZHP_3331ZHP_3348ZHP_3390ZHP_3415ZHP_3272ZHP_3357ZHP_3424ZHP_3437

Sesi outdoor dibuat di bukit di Taman Malawati. Kebetulan jumpa pagar sebuah rumah orang kaya yang ala-ala pagar ladang kuda. Ni baru pagar kat kaki bukit rumah beliau. Belum nampak rumahnya lagi nun jauh kat atas bukit kat situ. Moga murah rezeki dan pemurah tuan punya rumah ni. Hee..hee. Tumpang bergambar ye Dato’.

ZHP_3470ZHP_3489ZHP_3529ZHP_3481ZHP_3502ZHP_3515ZHP_3551ZHP_3570ZHP_3580ZHP_3592ZHP_3633ZHP_3651ZHP_3620

Terima kasih kepada pasangan Fikri dan Miza yang ‘cool’ dan aku mohon maaf suruh korang panjat bukit tu. Tapi ‘pose’ korang memang ‘superb couple’. Aku doakan korang bahagia dan dapat anak yang ramai nanti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s