Hari ibu

Bismillahirahmanirahim,

Semalam, 11 Mei 2014 satu dunia meraikan hari ibu. Pelbagai gelaran yang ada kat dunia ni pasal ibu. Ada yang panggil ibu, mak, ummi, mama, mek, mok, mami dan lain-lain lagi tetapi maknanya tetap satu, darjatnya tetap satu, jawatannya tetap satu. Hatta, dalam al-quran pun disebut-sebut perihal mulianya manusia yang berjawatan ibu.

Dalam surah Al-Isra’ ayat 23 dan 24 yang bermaksud
“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .

Maka dikesempatan ini marilah kita peluk dan cium ibu kita yang ketika ini masih ada didepan mata dan katakan kepada mereka ucapan “terima kasih mak”.Dan kepada yang telah pergi marilah kita lafazkan ucappan Al-Fatihah. Amin.

Layan gambar akad nikah Dilla dan ZAmri di Ipoh. Aku sukan ‘snap’ gambar bila pengantin selesai akad nikah dan mencium dan bersalam dengan ibu dan ayah mereka. Syahdu sangat kadang-kadang aku pun menitis air mata. Photografer pun ‘dalam hati ada taman’ weiih. Hee..hee.

ZHP_5221ZHP_5201ZHP_5185ZHP_5211ZHP_5163ZHP_5135ZHP_5247ZHP_5258ZHP_5289ZHP_5292ZHP_5320ZHP_5334ZHP_5362ZHP_5473ZHP_5486ZHP_5499ZHP_5514ZHP_5532ZHP_5578ZHP_5612ZHP_6122ZHP_6183ZHP_6203ZHP_5721ZHP_5773ZHP_5839ZHP_5864ZHP_5924ZHP_5938

Majlis ni berlangsung majlis pertunangan serentak. Outdoor majlis nikah ni di taman Botani Ipoh. Cantik tasik dan taman ni.Next entry majlis persandingan diaorang pula. Jangan lupa hubungi ibu korang walau di mana korang berada.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s