Nadzri + Fateen : Puncak Alam

Bismillahirahmanirahim,

Cuti sekolah pertengahan tahun bermula minggu ni sehingga ke minggu depan. Agak puas la pelajar-pelajar ni bercuti. Tapi bagi pelajar yang menduduki tahun peperiksaan mungkin perlu berkorban cuti diaorang untuk persiapan menduduki peperiksaan. Tak kurang juga yang perlu menghadiri kelas tambahan dan sebagainya.

Aku macam biasa anak-anak masih lagi di peringkat rendah sekolah. Jadi tak perlu untuk menekan sangat 2,3 beradik pasal kelas tambahan. Yang penting aku tegaskan kerja sekolah yang dibekalkan guru untuk cuti sekolah ni perlu disiapkan awal. Aktiviti cuti sekolah yang wajib ialah balik kampung jumpa datuk dan nenek diaorang. Ini rutin. Biar mereka kenal bau tanah kampung. Kenal ayam itik, tahu beza lembu dan kerbau, boleh kenal hutan dan semak. Kalau boleh biar mereka jauh dari segala macam ‘gajet’ dan permainan di alam maya. Biar mereka peka dengan dunia dan alam nyata jua keliling mereka. Aku mahu mereka membesar menjadi insan yang mengerti, berbudi dan memahami bukan sahaja diri sendiri tetapi juga terhadap insan dan persekitaran orang lain.

Sekeping dua gambar pengantin di alam nyata (outdoor sesion). Fateen dan Nadzri. Taman Tasik Bukit SUK, Shah Alam.

ZHP_9379ZHP_9386ZHP_9389ZHP_9400ZHP_9427ZHP_9458ZHP_9562ZHP_9647ZHP_9744

Moga Fateen & Nadzri cepat menimang cahaya mata.

Nota: Selamat bercuti untuk semua cikgu dan cikgi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s